Solutions
Bina pelanggan tetap yang datang berulang kali
Restoran yang berjaya bukan sekadar tentang makanan sedap — ia tentang pelanggan yang datang balik. Founder bantu anda kenal pelanggan tetap, reward mereka, dan bina hubungan melalui saluran yang mereka guna setiap hari: WhatsApp.
Cabaran Restoran & Kafe
Masalah biasa yang dihadapi oleh bisnes dalam industri ini — dan kenapa ia perlu diselesaikan.
Tak tahu siapa pelanggan tetap anda
Pelanggan datang, makan, bayar, dan pergi. Anda mungkin cam muka regular, tapi tak ada rekod berapa kali mereka datang, apa yang mereka sering order, atau bila terakhir mereka visit. Tanpa data ini, susah nak buat keputusan tentang menu, promosi, atau lokasi baru.
Promosi broadcast yang annoying
Ramai peniaga F&B blast promosi sama ke semua orang dalam list WhatsApp. Pelanggan yang baru je makan semalam dapat mesej promo yang tak relevan. Ini bukan sahaja tak berkesan, malah berisiko kena block atau report — yang boleh jejas WhatsApp Business akaun anda.
Program loyalty fizikal yang tak berfungsi
Loyalty card yang perlu di-stamp secara manual jarang berkesan. Pelanggan lupa bawa, kad hilang, dan tak ada data yang boleh dianalisa. Anda spend duit cetak kad tapi tak tahu ROI sebenar program tersebut.
Bagaimana Founder Bantu
Penyelesaian konkrit yang dibina untuk keperluan restoran & kafe.
Profil pelanggan dengan sejarah pembelian
Setiap pelanggan yang buat pesanan mempunyai profil dengan rekod lengkap — apa yang mereka order, berapa kerap, dan total spend. Anda akhirnya tahu siapa pelanggan VIP dan boleh layan mereka dengan sewajarnya.
Customer Data PlatformPromosi WhatsApp yang disasarkan
Daripada blast semua orang, hantar promosi hanya kepada segmen yang relevan. Contoh: hantar menu baru kepada pelanggan yang tak datang dalam 30 hari, atau tawaran dessert percuma kepada top spenders. Mesej yang relevan mendapat sambutan, bukan block.
Marketing AutomationTerima dan urus pesanan dari WhatsApp
Pelanggan WhatsApp untuk buat pesanan takeaway atau delivery. Semua mesej masuk ke inbox bersama supaya pasukan boleh respond cepat, tak terlepas order, dan setiap pesanan direkod dalam profil pelanggan.
Unified InboxSoalan Lazim
Macam mana nak collect data pelanggan di restoran?
Saya ada beberapa outlet. Boleh track pelanggan merentas lokasi?
Restoran saya guna POS system. Boleh connect?
Sedia untuk bermula?
Setup dalam beberapa minit. Tiada kad kredit diperlukan.