Solutions

Urus pendaftaran dan komunikasi ibu bapa dengan mudah

Pusat tuisyen bergantung pada dua perkara: pelajar baru yang mendaftar dan pelajar sedia ada yang kekal. Founder bantu anda urus proses pendaftaran dengan sistematik dan pastikan ibu bapa sentiasa dikemaskini — supaya mereka yakin untuk terus menghantar anak mereka ke pusat anda.

Cabaran Pusat Tuisyen & Pendidikan

Masalah biasa yang dihadapi oleh bisnes dalam industri ini — dan kenapa ia perlu diselesaikan.

Proses pendaftaran yang manual dan perlahan

Ibu bapa berminat — mereka WhatsApp atau call untuk tanya. Tapi proses selepas itu berbelit: borang fizikal, bayaran manual, pengesahan yang lambat. Setiap hari yang berlalu antara inquiry dan pendaftaran, risiko mereka pergi ke tuisyen lain meningkat.

Komunikasi dengan ibu bapa yang tak konsisten

Ibu bapa mahu tahu progress anak mereka, jadual kelas, dan sebarang perubahan. Tapi komunikasi sering tak konsisten — kadang melalui group WhatsApp, kadang nota dalam buku, kadang secara lisan. Ibu bapa yang tak rasa dijaga mudah pindah ke tuisyen lain.

Pelajar churn tanpa amaran

Pelajar berhenti selepas satu atau dua penggal tanpa anda tahu kenapa. Tiada mekanisme untuk detect tanda-tanda awal — kehadiran yang menurun, bayaran yang lambat, atau ketiadaan maklum balas dari ibu bapa. Bila mereka umumkan nak berhenti, sudah terlalu lewat.

Bagaimana Founder Bantu

Penyelesaian konkrit yang dibina untuk keperluan pusat tuisyen & pendidikan.

Pipeline pendaftaran dari inquiry ke enrolled

Track setiap inquiry melalui stages — New Inquiry, Trial Class Booked, Trial Done, Awaiting Payment, Enrolled. Setiap ibu bapa yang tanya tentang tuisyen anda ditrack supaya tak ada yang terlepas follow-up.

Customer Data Platform

Update berkala automatik kepada ibu bapa

Bina automation yang hantar update mingguan atau bulanan kepada ibu bapa melalui WhatsApp — ringkasan kehadiran, topik yang dipelajari, atau peringatan pembayaran yuran. Komunikasi yang konsisten membina kepercayaan dan mengurangkan churn.

Marketing Automation

Semua komunikasi ibu bapa di satu tempat

Setiap WhatsApp chat dengan ibu bapa direkod dalam profil pelajar. Bila guru ganti perlu ambil alih, mereka boleh baca sejarah komunikasi dan tak perlu mula dari kosong.

Unified Inbox

Soalan Lazim

Boleh urus pelbagai subjek dan kelas dalam satu akaun?
Ya. Gunakan labels dan custom fields untuk kategorikan pelajar mengikut subjek, tahun, atau kelas. Anda boleh filter dan segment pelajar berdasarkan mana-mana kriteria untuk komunikasi yang disasarkan.
Macam mana nak handle satu ibu bapa dengan beberapa anak di pusat yang sama?
Anda boleh buat satu contact untuk ibu/bapa dan link mereka ke beberapa profil anak menggunakan custom fields atau nota. Komunikasi dihantar ke ibu bapa, tetapi maklumat setiap anak direkod berasingan.
Boleh hantar reminder pembayaran yuran secara automatik?
Ya. Bina automation flow yang trigger WhatsApp reminder beberapa hari sebelum tarikh akhir pembayaran. Jika tak bayar, follow-up reminder dihantar. Ini mengurangkan pembayaran lewat tanpa staff perlu chase satu per satu.

Sedia untuk bermula?

Setup dalam beberapa minit. Tiada kad kredit diperlukan.